MENU

Kemudahan Tempat Letak Kereta Daerah Maran

Pengenalan

  1. Unit letak kereta adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan tempat meletak kereta dalam kawasan Majlis Daerah Maran.
  2. Kawasan tempat kereta di Majlis Daerah Maran  terbahagi kepada 4 kawasan iaitu:
     
    1. Bandar Maran
    2. Bandar Tun Abdul Razak Jengka
    3. Bandar Sri Jaya
    4. Bandar Sg Jerik

Tujuan

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memberi kuasa kepada Majlis Daerah Maran dibawah Perintah Pengankutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) Majlis Daerah Maran Tahun 2020 untuk mengutip bayaran dan mengendalikan tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan seperti berikut:

  • Memastikan perkhidmatan letak kereta di Daerah Maran tersusun dan memenuhi keperluan pelanggan
  • Memudahkan orang ramai meletak kenderaan secara tersusun untuk mewujudkan keselesaan dan kemudahan orang ramai.
  • Mewujudkan persekitaran Daerah Maran yang tersusun,terancang melalui perkhidmatan letak kereta yang bersistematik, cekap dan efektif agar tidak mengganggu lalu lintas.
     

Jenis Kesalahan

  1. Meletak kenderaan bukan di petak yang disediakan/ ditanda.
  2. Gagal mematuhi syarat penggunaan tempat letak kereta
  3. Membuat kutipan caj tempat letak kerta tanpa kuasa
  4. Gagal membayar caj tempat letak kereta
  5. Gagal membayar caj tempat letak kereta – TLK Bertiket.
  6. Gagal membayar caj tempat letak kereta – TLK Bermusim.
  7. Gagal membayar caj tempat letak kereta – TLK Bayar dan Peraga
  8. Gagal membayar caj tempat letak kereta – TLK Terkawal
  9. Meletak kenderaan di petak khas/ bermusim/ terkawal (walaupun membayar kupon letak kereta).
  10. Meletak kenderaan di petak khas untuk kenderaan lain/ khas acara tertentu.
  11. Gagal mempamerkan kupon yang sah
  12. Mempamerkan kupon yang tamat tempoh
  13. Mempamerkan kupon yang gagal dikenalpasti kesahihannnya.
  14. Meletak kenderaan di petak  yang ditutup sementara
  15. Menghalang atau menyebabkan halangan tempat letak kereta/ kenderaan lain
  16. Berniaga di atas petak letak kereta tanpa permit.
  17. Membaiki/ membenarkan kerja membaiki kenderaan diatas petak letak kereta tanpa permit.
  18. Membasuh, mencuci/ membenarkan kerja mencuci kenderaan di petak letak kereta.
  19. Menggunakan petak letak kereta untuk tujuan lain tanpa permit.

Jenis Kupon

Kupon Jam
Kupon Harian
Pas Bulanan
Petak Bermusim

 

 

 

 

Kadar Bayaran

1. Kupon Jam

  • 40 sen sejam
  • Harga bagi satu buku RM4.00 (10 helai)

  • Boleh didapati pada Ejen Kupon yang dilantik dan Pejabat Unit Tempat Letak Kereta (di Terminal Bas Maran).

2. Kupon Harian

  • RM 3.00 sehari

  • Harga sekeping adalah RM 3.00
  • Boleh didapati pada Ejen Kupon yang dilantik dan Pejabat Unit Tempat Letak Kereta (di Terminal Bas Maran)

3. Pas Bulanan

  • Boleh didapati HANYA di Pejabat Unit Tempat Letak Kereta (di Terminal Bas Maran), Pejabat Cawangan Jengka (Terminal Jengka Sentral)

  • RM 58.00 sekeping untuk sebulan.

4. Petak Bermusim

  • Perlu mendapat KELULUSAN Majlis Daerah Maran
  • Kadar bayaran :

    • 6 bulan  = RM    540.00
    • 12 bulan= RM 1,080.00 

5.    Aplikasi PahangGO

  • Pelanggan perlu memuaturun aplikasi PahangGO di Google Playstore dan Appstore.
  • Pembelian token perlu dilakukan 2 minit sebelum meninggalkan kenderaan.

 

CARA PEMBAYARAN

1.  KAUNTER

  • Kaunter Pejabat Unit Tempat Letak Kereta (di Terminal Bas Maran), Pejabat Majlis Daerah Maran Cawangan Jengka (Terminal Jengka Sentral)

  • Waktu Operasi :

    • Hari  : Isnin hingga Jumaat
    • Jam  : 8.15 pagi hingga 4.30 petang

2. Wang Pos atau Cek atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Maran dan dialamatkan kepada :

    Majlis Daerah Maran, 26500 Maran,  Pahang Darul Makmur.

3. Melalui atas talian :

         * CIMB Clicks

         * JomPAY

         * Aplikasi PahangGO