MENU

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMPERBAHARUI LESEN

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport
  2. Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
  3. Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja )
  4. Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minumam sahaja)
  5. Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009
  6. Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010
  7. Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut:
    • 1 Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)
    • 1 Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
    • 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)

Syarat-Syarat Kelulusan

  1. Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(development order- DO)
  2. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)
  3. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan
  4. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan Jabatan bomba Malaysia
    • Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran
    • Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan
    • Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis

Syarat-Syarat Lesen

  1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen
  2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat
  3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
  4. Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
  5. Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan
  6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
  7. Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong
  8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang

 

Tukar Alamat Surat Menyurat       

  1. Mengapa perlu maklumkan kepada Majlis setiap kali bertukar alamat surat menyurat atas pelbagai sebab ?
    Bagi mempastikan rekod berkaitan alamat surat menyurat pemilik sentiasa kemaskini supaya mudah hendak dihantar bil tuntutan cukai taksiran. 

  2. Apakah implikasinya jika tidak maklumkan maklumat berkaitan perubahan alamat surat menyurat ?
    Bil tuntutan bayaran cukai taksiran tidak dapat disampaikan kepada pemilik. Akibatnya bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan akan dikenakan penalti/denda lewat. Jika perkara ini berlarutan harta terlibat boleh disita dan dilelong jika tunggakan bertambah. 

  3. Siapakah yang perlu memberitahu akan perubahan alamat surat menyurat ini ?
    Pemilik atau waris keatas harta terlibat. 

  4. Adakah dikenakan apa-apa bayaran perkhidmatan dalam urusan ini?
    Tiada apa-apa bayaran perkhidmatan dikenakan.

  5. Bilakah maklumat berkaitan perubahan alamat surat menyurat ini perlu dimaklumkan?
    Secepat mungkin yang boleh bagi mempastikan bil tuntutan bayaran cukai taksiran dapat disampaikan kepada pemilik dalam tempoh bayaran yang ditetapkan.

 

Tukar Nama Pemilik Harta

  1. Mengapa perlu beri notis Borang I selepas jualan atau pindahmilik harta?
    Untuk mengemaskini daftar nama dan alamat pemilik harta terlibat supaya bil cukai taksiran dapat dihantar dengan tepat dan berkesan. 

  2. Perlukah beri notis Borang I setiap kali berlaku jualan atau pindahmilik harta?
    Ya,Perlu. Sebagaimana yang diperuntukan dibawah Seksyen 160(1) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

  3. Bagaimana caranya hendak mengisi Borang I ?
    Rujuk contoh Borang I yang telah lengkap diisi sebagai panduan. Adakah menjadi satu kesalahan jika tidak memberi notis 

  4. Borang I selepas berlaku jualbeli atau pindahmilik harta ?
    Ya, menjadi satu kesalahan jika tidak memberi Notis Borang I. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tidak lebih 6 bulan atau didenda tidak melebih RM 2,000.00 atau kedua-duanya sekali

  5. Siapakah yang perlu memberi Notis Borang I ?
    Pembeli dan Penjual bertanggungjawab untuk memberi Notis Borang I. 

  6. Adakah dikenakan apa-apa bayaran perkhidmatan dalam urusan ini ?
    Tidak dikenakan apa-apa bayaran dalam urusan ini.

 

Tukar Nama Pemilik Pusaka

  1. Mengapa perlu beri notis Borang J selepas berlaku kematian keatas pemilik harta?
    Untuk mengemaskini daftar nama dan alamat pemilik harta terlibat supaya bil cukai taksiran dapat dihantar dengan tepat dan berkesan 

  2. Perlukah beri notis Borang J setiap kali berlaku kematian keatas pemilik harta?
    Ya,Perlu. Sebagaimana yang diperuntukan dibawah Seksyen 160(2) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

  3. Bagaimana caranya hendak mengisi Borang J?
    Rujuk contoh Borang J yang telah lengkap diisi sebagai panduan. 

  4. Adakah menjadi satu kesalahan jika tidak memberi notis Borang J selepas berlaku kematian keatas pemilik harta terlibat?
    Ya, menjadi satu kesalahan jika tidak memberi Notis Borang J. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tidak lebih 6 bulan atau didenda tidak melebih RM 2,000.00 atau kedua-duanya sekali. 

  5. Siapakah yang perlu memberi Notis Borang J?
    Waris yang menerima harta pesaka simati. 

  6. Adakah dikenakan apa-apa bayaran perkhidmatan dalam urusan ini?
    Tiada apa-apa bayaran dikenakan atas perkhidmatan ini. 

 

Remisi (Potongan Cukai)

  1. Perlukah membuat permohonan rasmi bagi mendapatkan remisi (potongan cukai) keatas bangunan kosong dan tidak diduduki?
    Perlu, sebagaimana yang disyaratkan dibawah peruntukan Seksyen 162 (2) Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 

  2. Adakah keseluruhan cukai dikembalikan sekiranya bangunan terlibat kosong sepanjang masa penggal taksiran yang dituntut?
    Tidak, hanya 50% sahaja yang dikembalikan mengikut amalan semasa di Majlis ini. 

  3. Apa akan terjadi jika ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Akta tidak dapat dipatuhi oleh pemilik?
    Permohonan remisi akan dibatalkan. 

  4. Bolehkah tuntutan dibuat keatas tempoh kekosongan yang berlaku sebelum permohonan rasmi dibuat?
    Tidak boleh. Tarikh kuatkuasa permohonan adalah pada tarikh pihak pentadbiran Majlis menerima secara rasmi surat permohonan tersebut.

  5. Bilakah tuntutan dibayar dan cara mana bayaran dibuat?
    Tuntutan remisi dibayar selepas tamat penggal taksiran yang dituntut dan dikreditkan kedalam akaun harta terlibat pada penggal taksiran berikutnya.