MENU

PIAGAM PELANGGAN MDM

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cepat, mesra, adil serta berkesan dan memastikan semua perkhidmatan yang diberikan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan seperti berikut :-

1

Memberi maklumbalas awal terhadap aduan yang lengkap dalam tempoh 3 hari bekerja.

2

Memproses permohonan lesen perniagaan lengkap:

a. Tidak berisiko : 1 hari

b. Berisiko           : 30 hari

3

Menyemak tawaran dikenakan kompaun dan mengeluarkan surat peringatan menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh 5 hari selepas akhir notis.

4

Memastikan khidmat penebangan pokok diberi dalam masa 7 hari mengikut keutamaan permohonan.

5

Memastikan permohonan tambahan dan pindaan rumah kediaman yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 1 hari.

6

Proses bayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima oleh Jabatan Perbendaharaan.

7

Membuat lawat periksa tapak dan kerja-kerja penilaian harta dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawat periksa.

8

Permohonan untuk menyewa bangunan majlis dijawab dalam masa 1 bulan selepas permohonan diterima

9

Membaikpulih kerosakan komputer dalam masa 7 hari bekerja bergantung kepada tahap kerosakan

10

Pelantikan kontraktor binaan dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh tutup sebutharga dan 90 hari dari tarikh tutup tender.

11

Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) setiap dua (2) kali sebulan dan 24 kali setahun.

12

Menyediakan laporan tahunan Audit Dalam sebelum akhir Mac tahun berikutnya.

13

Pemeriksaan dan rondaan berkala untuk aktiviti penguatkuasaan ke premis-premis kawasan operasi dilakukan 2 kali seminggu.

14

Memastikan keperluan jawatan-jawatan serta pengisiannya diutamakan bagi melancarkan lagi pengurusan pentadbiran.

15

Memastikan 90% pengguna kenderaan mendapatkan kupon tempat letak kereta berbayar.

16

Memastikan kutipan sampah dijalankan dengan mengikut jadual seperti berikut :

 

a. Premis perniagaan (6 kali seminggu)

 

b. Perumahan (3 kali seminggu)

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN CAWANGAN JENGKA

  • Menerima dan mengambil tindakan aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Melaksanakan kerja-kerja landskap dan pengindahan secara berterusan serta berjadual.
  • Memproses permohonan permit perniagaan sementara dalam tempoh 3 hari.
  • Melaksanakan pemeriksaan berkala ke premis perniagaan berkaitan pematuhan syarat lesen perniagaan, pelan bangunan, lesen hiburan, kebersihan, vandalisme, halangan dan kacau ganggu sekurang-kurang dua kali seminggu.
  • Menjalankan tindakan sitaan barang-barang atau gerai dalam tempoh 5 hari selepas tarikh akhir notis.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT

  • Memproses permohonan e-mel yang lengkap dalam masa 1 hari bekerja.
  • Melakukan kemaskini laman web dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Membaik pulih kerosakan computer dalam masa 7 hari bekerja bergantung kepada kerosakan.
  • Menyediakan latihan ICT untuk kakitangan 1 kali setahun.
  • Melaksanakan penyelenggaraan berkala 1 kali setahun terhadap aset ICT

 

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Menguruskan keperluan pengwujudan jawatan baru 2 tahun sekali dan urusan perlantikan jawatan baru dalam tempoh 1 bulan selepas mendapat kelulusan pengambilan.
  • Menguruskan kursus induksi umum dalam tempoh selepasdisahkan peperiksaan perkhidmatan kepada kakitangan untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh 2 tahun.
  • Menyediakan pengesahan dalam perkhidmatan serta pemberian taraf berpencen atau memilih skim KWSP , 1 bulan sebelum genapnya 3 tahun perkhidmatan.
  • Menguruskan urusan pencen kakitangan dalam tempoh 6 bulan sebelum mencapai umur 55 tahun atau 56 tahun.
  • Memastikan rekod perkhidmatan kakitangan sentiasa dikemaskini sebulan sekali dan surat yang diterima diedarkan terus kepada kakitangan setelah ditimbalguna untuk rujukan. Mencalonkan seseorang untuk kuasa 1 bulan.
  • Memberikan latihan secukupnya kepada kakitangan dengan menghantarnya menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun untuk meningkatkan kecekapan, kemahiran serta berpengetahuan dalam menjalankan tugasnya.
  • Menyiapkan minit-minit mesyuarat selepas 3 hari mesyuarat diadakan dan diedarkan dalam tempoh 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.
  • Mendaftar pendaftaran mel/surat yang diterima dapat diselesaikan dalam masa 1 hari bekerja dan maklumbalas yang diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja. Surat-surat akan diposkan atau dihantar dalam kadar segera.
  • Menyediakan inventori untuk memastikan keperluan alat tulis pejabat serta lain-lain peralatan pejabat mencukupi dengan membuat semakan inventori setor 3 bulan sekali.
  • Penyediakan sewaan peralatan untuk majlis keraian yang akan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja dan urusan persiapan sewaan dewan untuk majlis rasmi akan disiapkan dalam tempoh 2 hari bekerja.
  • Menyediakan kaunter perkhidmatan pelanggan berada dalam keadaan kemas, bersih setiap hari serta teratur dan pegawainya berpengetahuan yang mendalam mengenai jabatan serta bersikap mesra pelanggan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN, LANSKAP & PELANCONGAN

  • Memberi ulasan permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pembangunan tanah di bawah Seksyen 124A &Seksyen 204D, permohonan tukar syarat, permohonan pecah sempadan/pecah bahagian, permohonan pelan lanskap/lampu jalan /nama taman/kerjatanah, perparitan dan jalan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan surat daripada OSC dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
  • Memastikan pelan lakar diberi kelulusan dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Memastikan khidmat penebangan pokok di beri dalam masa 7 harimengikut keutamaan permohonan dan penggunaan kenderaan.
  • Memastikan penyelenggaraan landskap dilakukan mengikut perancangan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
  • Memastikan maklumat GIS dapat disediakan dan diberikan kepada pengguna dalam tempoh 60 minit.
  • Memastikan pengeluaran surat maklumbalas kepada jabatan/agensi luaran dalam tempoh 7 hari bekerja dari penerimaan surat mengikut kes.

 

 

 

 

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

  • Membuat penilaian ke atas semua pegangan berkadar di dalam pentadbiran Majlis Daerah Maran (MDM) untuk kutipan Cukai Harta yang menjadi penyumbang hasil kepada MDM.
  • Penilaian cukai taksiran akan disediakan selepas CCC dikeluarkan (jika berkenaan) dan memaklumkan nilaian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Harta.
  • Semakan cukai taksiran yang mengemukakan nombor akaun akan dijawab dalam tempoh 3 minit.
  • Membuat lawat periksa tapak dan kerja-kerja penilaian harta tanah dalam tempoh 2 minggu.
  • Proses mendengar bantahan cukai taksiran dalam tempoh 2 bulan selepas permohonan mengikut Seksyen 142 Akta 171.

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN AWAM

  • Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang memenuhi keperluan masyarakat setempat;
  • Mengamalkan persekitaran yang bersih, indah dan selamat;
  • Mengendalikan pengurusan sumber manusia (PRA) yang berkesan bagi melahirkan tenaga kerja yang cekap, berdisiplin, kompeten, dan berintegriti;
  • Memastikan penyelarasan dan penglibatan bantuan “Program Pembasmian Kemiskinan Bandar” disalurkan dengan cekap, adil serta berkesan;
  • Memastikan pengurusan harta Majlis Daerah Maran diuruskan dengan cekap dan berkesan; dan
  • Menguruskan pengendalian kerja-kerja kecemasan (Ad-hoc) di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Maran dilaksanakan dengan cekap berkesan.

 

 

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN PELESENAN (BAHAGIAN KESIHATAN AM)

  • Memastikan kutipan sampan dijalankan dengan memuaskan mengikut jadual seperti berikut:
  • Premis perniagaan- 6 kali seminggu
  • Sentiasa berusaha memastikan persekitaran bersih dan indah melalui perkhidmatan kebersihan:
  • Pemotongan rumput- 21 hari sekali
  • Pembersihan parit/longkang- 1 kali seminggu
  • Menyapu kawasan Bandar- 6 kali seminggu
  • Aduan diterima/disiasat dalam tempoh 3-5 hari bekerja

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERBENDAHARAAN

  • Laporan perbelanjaan dan hasil bulanan akan disediakan sebelum 10hb pada tiap-tiap bulan dan dibentangkan dalam persidangan Mesyuarat Penuh.
  • Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan secara tepat dan jitu sebelum 30hb April setiap tahun.
  • Perkhidmatan kaunter adalah mesra pelanggan dan semua urusan diselesaikan dalam masa 3 minit.
  • Proses bayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima oleh Jabatan Perbendaharaan.
  • Penyata Penyesuaian Bank akan disediakan sebelum 10hb pada tiap-tiap bulan.
  • Pembayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak dibuat pada / sebelum 25hb setiap bulan manakala kakitangan sambilan pada minggu pertama bulan berikutnya.
  • Menyediakan Belanjawan Tahunan berimbang setiaptahunsebelum Julai.
  • Memastikan perbelanjaan dibuat mengikut belanjawan yang diluluskan oleh Majls Mesyuarat Kerajaan Negeri.

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN PELESENAN (BAHAGIAN PELESENAN)

  • Permohonan lesen perniagaan lengkap dengan sokongan Jabatan Teknikal dan lain-lain dokumen diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Permohonan dan pengeluaran lessen perniagaan yang tidak berisiko dalam tempoh satu bekerja.
  • Lesen Pasar Malam, Pekan Sehari dan Pasar Tani diproses dalam tempoh 1 hari bekerja.
  • Pembaharuan lesen perniagaan dikeluarkan serta merta setelah semua syarat-syarat pelesenan Majlis dipatuhi.
  • Aduan-aduan yang diterima akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

  • Menerima dan mengedarkan permohonan yang lengkap ke Jabatan Teknikal dalam tempoh 2 hari dari tarikh diterima;
  • Memproses permohonan cadangan pemajuan dalam tempoh piagam yang ditetapkan mengikut jenis permohonan;
  • Mendaftar permohonan dalam portal OSC setiap bulan sebelum 5hb;
  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa OSC sebanyak 2 kali sebulan atau 24 kali setahun;
  • Menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh 3 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan dan mengedarkan minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan; dan
  • Memaklumkan kepada pemohon mengenai status permohonan dalam tempoh 7 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT AUDIT DALAM

Kami pegawai dan kakitangan Unit Audit Dalam dengan penuh tekad, iltizam berikrar dan  berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  • Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan piagam yang diterimaumum.
  • Menyediakan laporan atau pemerhatian audit yang padat, jelas, konsisten, lengkap,tepat, obiektif dan mudah difahami.
  • Memberi pendapat dan syor-syor yang membina.
  • Mengeluarkan draf laporan Audit dalam tempoh yang munasabah selepas sesuatupengauditan selesai dijalankan
  • Perkhidmatan telefon bagi semua urusan dilayan dalam tempoh maksima 5 deringan
  •  
  • Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan dibuat sekurang-kurangnya2 kali setahun

 

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT UNDANG-UNDANG

Kami berjanji akan berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti mengikut tempoh yang ditetapkan bagi:

  • Menyemak undang-undang yang digunapakai dan menggubal undang-undang kecil untuk tujuan penwartaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
  • Menyemak pengeluaran notis dan memaklumkan tindakan susulan kepada Bahagian Penguatkuasa dalam tempoh 5 hari selepas tarikh akhir notis.
  • Menyemak Tawaran Dikenakan Kompaun dan mengeluarkan surat peringatan menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh 5 hari selepas tarikh akhir notis.
  • Menyediakan dokumen Perjanjian Sewa Premis/Gerai MDM dalam tempoh 5 hari selepas salinan surat tawaran penyewaan diterima.
  • Membantu jabatan/bahagian/unit lain di MDM melakukan pemeriksaan pada setiap kali kes diadukan.
  • Melakukan pemeriksaan / siasatan kes aduan dalam tempoh 7 hari dan surat akan dijawab dalam tempoh 14 hari selepas kes diadukan.