MENU

MAKLUMAT ASAS CUKAI TAKSIRAN AM MDM

PENILAIAN CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran dikenakan oleh Majlis Daerah Maran mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

JENIS HARTANAH YANG DIKENAKAN CUKAI

Kadar Taksiran dikenakan ke atas pegangan seperti berikut:

  • Rumah kediaman
  • Harta perniagaan (kedai, hotel dan sebagainya)
  • Harta industri (kilang, pelabuhan dan sebagainya)
  • Tanah kosong (perumahan, bangunan dan industri)
  • Tanah Ladang

 


PENGGAL TAKSIRAN

PENGGAL TAKSIRAN adalah tempoh bagi pengeluaran dan pembayaran bil cukai taksiran seperti peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu :

  • Penggal bayaran bagi bil-bil cukai kadaran adalah seperti berikut:
     
     Penggal  Tempoh Pembayaran
     Pertama  1hb Januari sehingga 28hb. Februari
     Kedua  1hb Julai sehingga 30hb. Ogos

 

Kelewatan membayar dalam tempoh yang ditetapkan akan dikeluarkan Notis E dan akan dikenakan denda lewat sepertimana berikut :-

.
 

WARAN PENAHANAN HARTA (Warrant Of Attachement) akan dikeluarkan jika bayaran yang dituntut di dalam Notis E TIDAK dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tempoh notis tersebut disampaikan. Caj tambahan sebanyak 10% akan dikenakan berasaskan kepada keseluruhan jumlah tunggakan. Kegagalan pemilik menjelaskan jumlah tuntutan sepertimana yang dinyatakan di dalam waran membolehkan harta alih disita dan dilelong.

Bayaran Cukai Taksiran boleh dibuat dengan kaedah-kaedah berikut :-

  1. Pembayaran di Kaunter Majlis Daerah Maran atau Pejabat Majlis Daerah Maran (Cawangan Jengka)
  2. Atas talian melalui:

    a) Jompay (Biller Code: 43497)
    b) Aplikasi PahangGo
    c) PBTPay (https://pbtpay.kpkt.gov.my/)
    d) BSN (https://www.mybsn.com.my/)

Segala urusan pindah milik harta dan pertukaran alamat mestilah dimaklumkan kepada pihak Majlis Daerah Maran dan kegagalan untuk berbuat demikian pemilik boleh dikenakan denda.