MENU

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Maran 2035 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Maran 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Daerah Maran untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukan subseksyen 12(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Maran 2020 yang telah tamat tempoh perancangan pada 31 Disember 2020.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu bermula 11 September sehingga 10 Oktober 2023.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Maran yang terkandung di dalam dokumen draf RT tersebut.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan dokumen draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen sebelum atau pada 10 Oktober 2023 (Selasa).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Perancangan, Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap Majlis Daerah Maran di talian 09-4777899 / 09-4771411 atau Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) di talian 09-5721181.

Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :

http://epublisiti.townplan.gov.my