MENU

DPN2 telah mengenalpasti sebanyak 62 strategi dan 113 tindakan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk dilaksanakan oleh agensi di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.

Pelaksanaan bagi semua tindakan ini telah dibahagikan kepada tiga (3) peringkat iaitu –

Jangka Masa Pendek – 2017 (Tempoh Pemantauan Tahun 2018)
Sebanyak 38 tindakan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam tempoh masa ini.

Jangka Masa Sederhana – 2017 hingga 2020 (Tempoh Pemantauan Tahun 2021)
Sebanyak 64 tindakan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam tempoh masa ini.

Jangka Masa Panjang – 2017 hingga 2025 (Tempoh Pemantauan Tahun 2023)
Sebanyak 11 tindakan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam tempoh masa ini.

 

Tempoh Pelaksanaan DPN2