Perpustakaan Awam Maran
INFO PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH MARAN

GAMBAR: PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH MARAN
Perpustakaan Awam Daerah Maran (PAD Maran), Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1993. Pelbagai perkhidmatan disediakan antanya keahlian perpustakaan, sewaan dewan, cetakan dan photostat, penggunakan komputer dan permainan interaktif antaranya PS5 dan foosball serta pelbagai mainan yang bersesuaian bagi semua peringkat umur. Keahlian perpustakaan adalah sebanyak RM10.00 bagi kategori kanak-kanak dan dewasa warganegara Malaysia dan RM20.00 bukan warganegara Malaysia. Keahlian adalah sah selama satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui setiap tahun. Setiap ahli boleh meminjam 10 buah buku selama 2 minggu dan memperbaharui pinjaman selama 2 minggu.
Terdapat lebih kurang 26,000 buah naskah buku yang terdiri daripada pelbagai genre disediakan untuk bacaan kanak-kanak dan dewasa antaranya fiksyen, bukan fiksyen, rujukan, komik, bacaan umum, serta koleksi bahan bacaan yang ditulis oleh penulis yang berasal daripada Pahang. Selain persekitaran yang selesa, sejuk dan bersih terdapat juga bilik khusus bagi kanak-kanak dan dewasa yang menempatkan pelbagai bahan bacaan dan permainan interaktif. Selain itu juga, terdapat surat khabar dan majalah berbentuk ilmiah bagi mereka yang gemar membaca bahan bacaan ringan.
Perpustakaan ini sering kali menganjurkan aktiviti galakkan membaca seperti pertandingan untuk pengunjung dan juga ahli perpustakaan. Aktiviti seperti kuiz mengikut tema bulanan, melukis, mewarna, program cuti sekolah serta aktiviti ICT yang dianjurkan mendapat sambutan yang sangat positif daripada kanak-kanak dan juga dewasa di sini. Program Jom Baca Selama 10 minit yang dijalankan pada bulan April setiap tahun adalah antara program utama yang dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia untuk memupuk sikap minat membaca bagi setiap generasi muda hingga dewasa. Di sini juga sering diadakan pertandingan Bacaan Kegemaran Saya, Kuiz Umum, Pertandingan Bercerita untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Kemudahan penggunaan komputer dan juga talian Internet juga membuatkan ramai pengunjung gemar untuk ke sini. Kapasiti perpustakaan ini boleh memuatkan kira-kira 100 orang dalam sesuatu masa. Terdapat lima orang kakitangan perpustakaan yang sentiasa ramah dan sedia membantu jika terdapat sebarang kesulitan.
Di Daerah Maran terdapat 8 buah perpustakaan desa yang terdiri daripada:
Di bawah Kerajaan Negeri Pahang
- Perpustakaan Pahang Luit
- Perpustakaan Pahang Chenor
Di bawah Kerajaan Persekutuan (Perpustakaan Negara Malaysia)
- Perpustakaan Desa PNM New Zealand
- Perpustakaan Desa PNM Kuala Sentul
- Perpustakaan Desa PNM Kampung Senggora
- Perpustakaan Desa PNM Bukit Kening
- Perpustakaan Desa PNM Seberang Chenor
- Perpustakaan Desa PNM Pekan Awah
Waktu operasi Perpustakaan Awam Daerah Maran, Perpustakaan Pahang Chenor dan Luit adalah seperti berikut :
Selasa-Sabtu : 9.00 pagi- 5.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi- 12.00 tengah hari
2.30 petang-5.00 petang
Ahad- Isnin & Cuti Umum : Tutup
No telefon : 09-3160144 (PAD MARAN)
Email :maranlibrary@gmail.com (PAD MARAN)
Waktu operasi bagi semua Perpustakaan Desa PNM adalah seperti berikut :
Isnin- Jumaat : 8.00 pagi- 5.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi- 12.15 tengah hari
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu-Ahad & Cuti Umum : Tutup

